Followers

::Serikandi Muslimah::

(Zubaidah Binti Jaafar)




           Usianya baru mencecah 17 tahun, tetapi beliau sudah mendapat kedudukan yg 'special '. Kemewahan.kekayaan,kuasa dan pengaruh..semua ada pada beliau..Beliaulah yang terhebat di antara wanita sezamannya.Dia memiliki segala2nya. Namun,segala kemewahan yang dimiliki,tidak sedikit pun mengubah prinsip serta sikapnya. Dia hidup dalam sederhana sama seperti orang lain juga.

          Beliau adalah Zubaidah Binti Jaafar,isteri kepada seorang pemimpin negara yang mashyur, Khalifah HARUN AR-RASYID. Dia menggunakan kedudukannya sebagai tangan kiri khalifah dengan sebaik mungkin. tidak tinggal diam daripada membantu dan menyelesaikan pelbagai kesulitan umat.Sungguh aktif dalam urusan kemasyarakatan baik saja bidang ekonomi mahupun bidang ilmu pengetahuan.

          Dengan kemewahan yang dimiliki, beliau sanggup mem'boros'kan hartanya untuk hal-hal kebajikan umatnya. Beliau juga amat petah berkata2 sehingga menjadi penglipur lara pabila suaminya ingin berhibur.

         SUMBANGAN 
         Zubaidah banyak membina sekolah dan rumah sakit.Selain itu,beliau juga menguruskan pembinaan rumah untuk rakyatnya yang memerlukan.Beliau banyak meninggalkan kesan dari segi projek perkhidamatan dan pembangunan.Disamping itu, keunikan beliau ialah dia memiliki 100 0rang jariah yang kesemuanya adalah huffaz (penghafaz AL-Quran).Kegemarannya, adalah mendengar jariah2nya itu membaca Al-Quran..Subhanallah..
         Selepas kemangkatan suaminya, anaknya, Al-Amin telah memegang tampuk pemerintahan.Tetapi tidak lama, kemudian beralih ke tangan Al-Makmun,anak tiri Zubaidah. Zubaidah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika usia beliau dalam lingkungan 51 tahun.Namun. nama beliau terus harum dan menjadi teladan seisi zaman..





Powered by Blogger.

up