Followers

::Travelog Masjid::

Masjid Quba'



Lady ingin memaparkan sejarah-sejarah  berkenaan masjid quba'..Mungkin ramai yang sudah tahu masjid Quba' adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w..Tetapi sejauh mane pengetahuan serta ilmu kite mengenai masjid ini..Travelog masjid ade kisahnye..mari kite susuri..^^

Firman Allah menyebut ( Surah At-Taubah : 108 )
        
       "....Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa ( Masjid Quba ) sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu solat didalamnya. Di sana terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri  (mensucikan jiwa).Dan Allah amat menyukai orang-orang yang membersihkan dirinya."

INFO MENGENAI MASJID QUBA :

Nama projek : Pembinaan masjid Quba ( Masjid Pertama )
Pemaju          : Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat r.a
Kedudukan    : Kira-kira 10 km dari selatan Pusat Bandar Madinah dan 4 km dari Masjid Nabawi.
Tempoh Siap : 5 hari (riwayat ada menyatakan 14 hari dan 22 hari )
Tarikh mula    : 12 Rabiulawal Tahun 1 Hijriah ( Isnin )
Tarikh Siap    : 16 Rabiulawal Tahun 1 Hijriah ( Jumaat )
Keluasan       : 50 meter persegi
Ketinggian     : 1 meter dari aras pembukaan tanah
Jolokan nama : Masjid Dibina Atas Dasar Taqwa

Mengikut Encik WikipediaMasjid Quba adalah antara masjid paling suci di antara penganut agama Islam, dan mengikut turutannya ialah Masjid-al-Haram (Makkah), Masjid Nabawi (Madinah), Masjid-al-Aqsa(Baitulmuqaddis), Masjid Quba Madinah)

Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas Taqwa.
  • Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin) [9:108]
  • Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim [9:109]
Nabi Saws.jpg telah bersabda kepada mereka: Apakah yang kamu lakukan sehingga Allah telah memperelokkan kamu dengan pujiannya?
Mereka berkata: Kami telah menghimpunkan di antara batu dan air untuk bersuci.


SENIREKA

       Masjid Quba telah siap dibina semula dalam tahun 1986. Kerajaan Arab Saudi telah memintaAbdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru. Tetapi Kerajaan Arab Saudi berkeras meruntuhkan bangunan Masjid yang lama.
Masjid Quba mempunya dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solatditempat di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan.
6 buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai empat menara, dengan satu menara disetiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup.

dari pandangan atas


pintu Masjid Quba


Rasulullah(s.a.w) bersabda; "Barang siapa telah bersuci(berwudhu) di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Quba lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah." (Sunan Ibn Majah no. 1412)
        






Powered by Blogger.

up